PENCERAHAN MINDA

SELAMAT DATANG KE DUNIA PENDIDIKAN TANPA SEMPADAN

Tuesday, April 30, 2013

Mari Bercerita 1 : Sang Kancil Dan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan.

Tajuk Lagu : Abu Ada Ayam


Motivasi 2 : Cara Belajar

Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru. Pelajar perlu belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas atau luar kelas dan seterusnya berusaha untuk mencari jalan untuk mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran.
Penguasaan kemahiran BCB amat penting bagi pelajar lantaran masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah amat terhad. Hal ini menyebabkan ilmu pengetahuan yang diterima oleh pelajar juga terhad. Oleh itu, pelajar harus belajar cara untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan penguasaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Dalam erti kata lain, BCB akan membantu pelajar supaya mampu dan berupaya untuk belajar sendiri tanpa guru.Dengan menguasai kemahiran BCB, pelajar juga mampu menilai tahap pembelajarannya sendiri dan seterusnya membuat sesuatu untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.
Kemahiran belajar meliputi keseluruhan kemahiran yang

Motivasi 1 : Belajar Itu Mudah

Ramai pelajar rasa tertekan dengan bebanan tugas belajar. Nak belajar bukannya susah. Dah banyak kali saya cakap. Tak ramai tak percaya. Saya ulang lagi. Nak belajar tak susah. Yang pentingnya ialah MINAT. Malangnya ramai yang tidak minat nak belajar. Ramai yang terpaksa belajar atau dipaksa belajar oleh ibu bapa. Semuanya hanya nak lulus ‘exam’.
Kerja belajar bukannya boleh dipaksa-paksa. Tak menjadi. Tapi kalau tak dipaksa, alamat tak dibuat langsung. Habis tu camna?
Senang saja.(Lagi-lagis senang! Lagi-lagi mudah! Mesti ada yang mengutuk saya ni.Hehehe! Semua tu sebab tak yakin dengan diri sendiri bukannya tak yakin dengan saya).
Bagi yang nak tahu langkah awal nak belajar, ikutilah langkah mudah ini.

Pertama,

Mari Belajar 5 : Teknik Cepat Baca


Ada beberapa teknik membaca cepat yang boleh dipraktikkan oleh pelajar iaitu :
1. Membaca mengunakan mata bukan mulut
     Lazimnya, ketika kita membaca sesebuah buku, kita cenderung membaca dengan kuat ataupun kita membaca dalam hati. Pasti ketika ini kita seolah-olah mendengar suara yang membaca bahan bacaan tersebut. Sekiranya kita ingin membaca cepat, cuba elakkan daripada membiarkan bacaan kita dipengaruhi oleh suara hati tadi.

Mari Belajar 4 : Kemahiran Bertutur

KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di samping penghasilan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan pergerakan badan. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai

Monday, April 22, 2013

Sambil Tersenyum 1


Mari Berpantun (Pra Sekolah)


Mari Belajar 3 : TATABAHASA

Tatabahasa dalam Bahasa Melayu.

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

Mari Belajar 2 : Bahasa Istana

Pengetahuan Umum.


Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja. Bahasa istana masih digunakan hari ini biarpun sistem feudal lama hanya tinggal sejarah.

Mari Belajar 1 : KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Sila Klik Link Berikut :
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Saturday, April 20, 2013

Tajuk Lagu : Budi Bahasa Budaya Kita


Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia

Wednesday, April 17, 2013

Definisi Bahasa

Salam 1 Malaysia.
Apa itu bahasa? Izinkan saya berkongsi maklumat mengenai bahasa itu sendiri.

Tuesday, April 16, 2013

Sekapur Sireh

Terima kasih atas kesudian anda melawat laman blog saya ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana blog ini masih di dalam proses pembinaan