Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling
cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang
kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah.
Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan,
tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada
bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam
hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan
kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar
kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan
Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha
mencari sungai yang berdekatan.
Setelah meredah hutan akhirnya kancil
berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa
membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan
air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil
terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia
berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar
kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar
jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya
hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan
dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu
kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang
sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat
menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir
Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk
menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang
Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing
sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka
berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi
kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai
sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang
asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang
kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung
buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang
Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang
Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa
oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau
hendak sampaikan".
Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja
Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai
ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua".
Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang
kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah
semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan
turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya.
Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati
buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai
berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian,
aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah
kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada
hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula
daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh
kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua
buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang
hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang
berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai
dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan
betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil
berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus
melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata"
Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu
semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar
kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka
telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan
Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut
terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus
melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan
terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati
buah-buahan yang sedang masak ranum itu.
Diceritakan semula oleh:
muhammad haiqal bin mohd halim
1 gigabait (2008)
Tuesday, April 30, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment